Bab 6:
Cinta yang Belum Terungkap
Langit senja menyapa tanah Arshar dengan warna keemasan. Di padang latihan berhampiran rumah rakyat, Puteri Sofia meluncurkan anak panahnya tepat ke sasaran. Mikail yang menyaksikan dari jauh hanya mampu berdiri terpaku.
“Sasaran kau tak pernah meleset, Sofia,” Mikail bersuara sambil berjalan mendekat, senyuman bangga terpahat di wajahnya. Sofia berpaling, menundukkan sedikit wajahnya yang merah.
“Biasa saja… aku cuma berlatih
sejak kecil.” Mikail tersenyum lebih dalam, mengangkat sebilah kayu buluh di
tangannya.
“Kalau begitu, izinkan aku mencabar kau bermain pedang. Aku ingin tahu sejauh mana kecekapanmu.”
Sofia menyahut cabaran itu dengan anggukan berani. Mereka bertarung secara bersahaja, pedang kayu bersilang, tawa dan degup jantung berlagu bersama. Tidak lama kemudian, Sofia berjaya menangkis serangan Mikail dan menjatuhkan pedangnya.
“Aku kalah dengan gaya,” Mikail
mengaku sambil ketawa kecil.
“Tapi kalau ini medan cinta,
aku rasa aku sudah lama menyerah kalah.” Sofia tersentak, tetapi cepat
mengalihkan pandangan.
“Kau suka bercakap tanpa fikir, Mikail.”
Namun dalam hati masing-masing, perasaan itu sudah lama berakar. Mereka tahu… tetapi tiada yang mahu mengaku. Takut. Risau. Terlalu banyak yang belum pasti.
Beberapa hari kemudian, suasana
desa berubah. Rombongan mewah dari arah utara memasuki desa. Sofia yang ketika
itu sedang memberikan ubat kepada seorang warga tua terpaku melihat kereta kuda
megah berhenti di perkarangan rumah rakyat.
Mikail yang turut menyaksikan dari jauh menggenggam kain bajunya. Wajahnya berubah apabila salah seorang dari pembesar berkata lantang:
“Kami datang membawa lamaran dari Putera Faqri, putera kerajaan Zaylan… untuk Puteri Sofia dari Arshar.” Sofia terkedu. Mikail lebih kaku. Tiada siapa tahu… lamaran itu datang dari dirinya sendiri, cuma menggunakan nama sebenar—Putera Faqri, bukan 'Mikail' seperti yang dikenali Sofia.
“Puteri, keluarga diraja ingin mendapat jawapan dalam tempoh tiga hari,” ujar seorang duta yang membongkok memberi hormat. Sofia melangkah masuk ke dalam rumah rakyat dengan langkah berat. Mikail hanya mampu memerhati dari kejauhan, hatinya berperang hebat.
“Jika dia tahu aku Putera
Faqri… apa dia akan terus menjauh?” fikir Mikail dalam hati.
