Bab 4:
Rahsia Sapu Tangan
Suasana di istana Alqara sedang
tegang. Ayahanda Raja berdiri di hadapan semua ahli keluarga. Di tangan baginda
tergenggam sekeping kain yang lusuh dan kotor.
Puteri Suhana sedang berdepan
dengan Raja dan Permaisuri setelah diketahui mengambil sapu tangan lama milik
Fahmi, cinta pertama Puteri Sofia.
Ayahanda Raja memandang Suhana tajam.
“Kenapa kau menyentuh sesuatu yang bukan milikmu? Itu peninggalan seorang rakyat biasa yang sudah mencemarkan darah diraja ini!”
Puteri Suhana cuba tenangkan diri. Tapi air mata yang jatuh bukan kerana ketakutan — tapi kerana rasa bersalah dan sesal. Dia sendiri tak sangka, tindakannya yang hanya mahu ‘mengenali siapa sebenarnya Fahmi’ membawa kepada situasi begini. Namun…Permaisuri menyentuh lengan Raja.
“Bukankah sapu tangan itu ditemui di kamar
Puteri Suhana... oleh salah seorang dayang?” Dayang itu pun tampil dan berkata,
“Ampun tuanku... hamba mengemas bilik dan terjumpa kain ini disorokkan di dalam kotak perhiasan. Hamba tahu itu milik almarhum Tuan Fahmi... lalu hamba ingin serahkan kepada Puteri Sofia tetapi Raja melihatnya dahulu.”
Puteri Sofia hanya tunduk, tak
menyalahkan sesiapa. Tapi jelas wajahnya berubah.
Suhana tidak tahan melihat kakaknya begitu, meskipun dia membenci namun masih ada sedikit sayang terhadap kakaknya itu.
Dia pun mengaku:
“Ia memang milik Kak Sofia. Tapi saya yang ambil tanpa izinnya. Saya... saya yang salah.”
Keberanian Suhana membuat semua terdiam. Raja tidak meneruskan hukuman, tapi menitahkan Suhana supaya tidak mencampuri urusan berkaitan Fahmi lagi. Dan ini mencipta jurang antara Suhana dan keluarganya, terutamanya bondanya. Bondanya hanya menggeleng-gelengkan kepala. Kecewa dengan tindakan Suhana yang mencuri sapu tangan milik Fahmi itu tidak mengaku sewaktu kakaknya mencari-cari setahun yang lalu. Satu-satunya peninggalan arwah yang sangat disayangi Sofia.
Haikal memerhati dari jauh. Dia sangat faham apa yang berlaku dan dia nampak jelas — Suhana yang keras, kini jadi rapuh. Dia tahu Suhana tidak begitu kejam. Dia ingin menenangkan, tapi tak berani melangkah.
Malam itu, Suhana menyendiri di taman belakang istana. Haikal datang, perlahan-lahan duduk di sebelah.
“Awak tak akan faham… pergilah
tinggalkan saya sendiri…” kata Suhana, matanya memandang langit gelap. Ada air
mata yang berkaca.
“Mungkin tak. Tapi kalau awak perlukan seseorang untuk dengar, saya ada.”
Suhana menghela nafas. Dan
untuk pertama kali… dia tak balas dengan sindiran.
Dia hanya senyap. Dan Haikal… hanya menunggu.
Dan malam itu — tanpa mereka sedari — kebencian mula berubah wajah. Mungkin ini bukan permulaan cinta, tapi yang pasti... permulaan pengertian.
Di satu sudut rumah, Mikail
sedang meneliti sekeping kain lusuh—sapu tangan yang diberikan oleh bondanya untuk
mencari abang kandungnya. Dia belum tahu ada kaitan sapu tangan itu dengan
Puteri Sofia.
Mikail menggenggam sapu tangan itu erat, berharap ia membawa petunjuk tentang identiti abangnya yang hilang.
Beberapa hari kemudian, Mikail secara tidak sengaja terlihat Puteri Sofia memegang sapu tangan yang sama semasa lawatan ke kampung. Hatinya terkejut.
“Bukankah itu sapu tangan... tapi kenapa Puteri Sofia ada benda itu?” ujarnya sendirian.
Mikail mula menyedari ada
hubungan rahsia antara Sofia, Fahmi, dan dirinya sendiri. Perasaannya bercampur
baur—terkejut, bingung, dan sedikit cemburu.
No comments:
Post a Comment